Sesungguhnya orang yang sujud memiliki hati selembut kapas dan seharum kasturi,
1. Sujud mengandungi nilai persaudaraan. Semua mukmin bersujud tanpa membedakan warna kulit, kedudukan, kekayaan dan nasab. Sehingga sujud dapat menguatkan ikatan hati sesama mukmin. Seorang Raja sanggup menundukkan dirinya yang selama ini ditaat dan dihormati semata-mata kerana beriman kepada Allah yang Maha Berkuasa. Seorang yang kaya raya dan berpangkat sama menghinakan diri seperti si miskin ketika ia berada di hadapan Tuhannya. Kerana sujud persaudaraan akan terjalin dan kekuatan umat akan tertegak di bumi Allah ini..
2. Sujud mengandungi nilai pembersihan jiwa. Firman Allah Taala yang artinya “Dan mereka menyungkurkan muka sambil menangis sehingga mereka bertambah khusyu’. (Surah Al-Isra’: 109), Sesiapa yang bersujud maka ia telah menundukkan hatinya kepada Allah dan menyerahkan jiwa raganya kembali kepada Allah. Sesiapa yang menangis dan menyesali segala perbuatanannya kemudian ia sujud merendahkan dirinya kepada Allah dan kembali bertaubat kepadanya maka Allah SWT menggugurkan dosa-dosanya seperti bergugurannya daun-daun kering diatas tanah. Sabda Baginda SAW:.
3. Sujud mengandungi nilai membalas budi. Dia mengakui nikmat Allah yang dikaruniiakan kepada dirinya, dia bersyukur dengan meletakkan dahinya ke tanah di hadapan Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Dia amat bergantung harap kepada Tuhannya untuk keselamatan dirinya di dunia dan akhirat. Hasbunallah wani’mal wakiil.
4. Sujud mengandungi nilai kemenangan. Dalam sujud seorang mukmin mengisytiharkan kemenangan ke atas syaitan sehingga membua tsyaitan menangisi perbuatan orang mukmin itu..
5. Sujud mendekatkan seorang hamba kepada Allah. Sabda baginda SAW: ”Sedekat-dekat hamba kepada Allah iaitu ketika ia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa.”
Sujud merupakan ubat kepada manusia yang mengalami penyakit iaitu:
1. Sakit bongkak dan sombong. 5 penyebab sombong:,
1) Wajah
2) harta
3) kuasa
4) ilmu
5) nasab,
Hendaknya orang yang berpenyakit ini menginsafi asal kejadian dirinya, Firman Allah Taala:”Dari tanah itulah kami menjadikan kamu dan kepadanya kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.” (Taha ayat: 55)
Maka perbanyaklah bersujud kepada Allah dan memohon ampunan kepadanya agar sisa hidup tidak terbuang sia-sia...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar